Saturday, 19 April 2014

Sungai Lembing Tempat Bersejarah

60 km dari bandar KuantanKawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. 


Sejarah Ringkas

1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Sungai lembing merupakan antara tarikan pelancong ke Kuantan terutamanya sejak lombong bijih timah dibuka untuk orang ramai, dikatakan lombong terpanjang dan terdalam di dunia. Bayaran masuk dikenakan...sgt menarik untuk dilawati




Friday, 18 April 2014

Dhamra Homestay Kuantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Tuan/Puan yang dirahmati....


D’HAMRA HOMESTAY menawarkan sebuah penginapan yang luas dan selesa. Berdekatan dengan Bandar Kuantan.

Terletak di kawasan Tanjung Lumpur/Peramu yang terkenal dengan Ikan Bakar dan makanan laut segar

Homestay ini adalah sebuah rumah dua tingkat dengan 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Sangat sesuai untuk rombongan keluarga, saudara-mara mahupun sahabat handai.



Untuk keselesaan tuan/puan, homestay ini menyediakan keperluan asas seadanya seperti :-
*Kelengkapan memasak seperti dapur memasak yang besar, pinggan-mangkuk dll.
*Alatan elektrik seperti mesin basuh besar 9.5 kg, peti ais 3 pintu, televisyen, sterika, kipas siling, air-cond (master bedroom), oven dll.
*Perabut seperti meja makan, sofa, katil dan almari baju.
*Kelengkapan BBQ (atas permintaan). Menu boleh diuruskan (atas permintaan).
*Garaj kenderaan boleh muat 4 buah kereta dengan selesa di dalam pagar.
*Hampir dengan kemudahan asas seperti surau, restoran, kedai serbaneka, pasaraya dll. Maklumat kedudukan kemudahan ini disediakan di dalam homestay.
NOTA:-
*Untuk MUSLIM dan MAHRAM sahaja
*CHECK IN 2.00PM, CHECK OUT 12PM
*Kadar Sewaan Rumah:
  RM250.00 (Jumaat,Sabtu & Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
  RM200.00(Selasa - Khamis). Harga boleh runding untuk 2 malam ke atas.

*Kadar Sewa Bilik:
   RM100.00/malam untuk bilik air-cond dan
   RM75.00 untuk bilik tanpa air-cond. Tiada khidmat sewaan bilik pada hujung minggu.

*Jarak daripada tempat tumpuan adalah seperti berikut:-
<15 MINIT: Yayasan Pahang, Maahad Tahfiz, Bandar Kuantan, KIPSAS, Pantai Sepat, Teluk Cempedak, , East Coast Mall, Megamall,  Kuantan Parade, Hospital, Kuantan River Cruise, MRSM, IKIP, SMA Al-Ihsan, Muzium Tokoh, Pekan sehari Kuantan, UITM, OUM.
<30 MINIT: Airport, Sea Port, POLISAS, Gebeng, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, UIAM , PSDC, Kolej Komuniti Kuantan, Air Terjun Panching, Jeti memancing laut Balok.
<45 MINIT: Bukit Gambang Waterpark, Universiti Malaysia Pahang, Cherating, Matrikulasi.
<1 JAM: Kompleks Sejarah Sungai Lembing (must visit).

Hubungi: 019-9692717(JAMAL) exakatsuke@yahoo.com /019-9054761(UMMU)