Saturday, 19 April 2014

Sungai Lembing Tempat Bersejarah

60 km dari bandar KuantanKawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. 


Sejarah Ringkas

1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Sungai lembing merupakan antara tarikan pelancong ke Kuantan terutamanya sejak lombong bijih timah dibuka untuk orang ramai, dikatakan lombong terpanjang dan terdalam di dunia. Bayaran masuk dikenakan...sgt menarik untuk dilawati




No comments:

Post a Comment